Semakin terang dan jelas kini hari yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat semakin hampir. Namun dalam berteka-teki itu, penulis sendiri pun tidak tahu bila tarikh sebenar hari besar ini.
Yang pastinya, beberapa ‘hint’ yang menunjukkan ia bakal menjelma telah pun muncul. Pilihan raya bagaimana pun tidak sama dengan hari raya sebab hari raya akan muncul bila kelihatan anak bulan.
Namun bagi pilihan raya pula, bukan setakat anak bulan, mak bulan, bapak bulan semuanya sudah nampak sepanjang tahun, namun tarikhnya masih menjadi tanda tanya.
Ada tanda-tanda besar yang sudah diperlihatkan antaranya ialah pemansuhan ISA, isu-isu yang memnbabitkan pembangkang semakin hebat diwar-warkan dan segala janji yang mampu membuatkan rakyat senang hati akan dikotakan.
Itu antara tanda-tanda besar akan munculnya pilihan raya umum. Yang pasti semua jentera parti sudah dikerahkan untuk membuat persediaan bagi menghadapi tarikh keramat ini.
Ada yang bersedia untuk menang dan tidak kurang pula yang sedang memikirkan langkah seterusnya bagi mengekalkan survival dalam arena politik tanah air.
Seperti biasa, isu seks, skandal dan rasuah menjadi hidangan umum rakyat di dada-dada akhbar hinggakan penulis sendiri pun sudah naik loya memikirkan kejijikan agenda serta propaganda yang diatur oleh pihak berkenaan bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan.
Bagi penulis, bukan isu-isu jijik ini yang menjadi kayu pengukur, tapi apa yang dinilai oleh rakyat ialah hak mereka sebagai warga negara. Setakat menjadikan isu skandal seks, liwat dan rasuah sana-sini mana mungkin mampu mengubah pendirian rakyat.
Segala isu yang dimainkan langsung tiada kena mengena dengan keinginan rakyat yang mahukan nasib mereka dibela. Umum mengetahui apa yang sedang dihadapi oleh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, namun siapa yang akan menjadi hero untuk membela nasib mereka?
Kalau ‘Robin Hood’ sendiri pun sibuk mencanang aksi dalam kain orang, bagaimana nasib rakyat yang hampir tenggelam kelemasan dalam sindrom ‘kenaikan’ yang mereka hadapi.
Cuba buka minda dan sematkan dalam hati bahawa mereka yang berjawatan dalam kerajaan semuanya hasil sokongan rakyat yang mengundi mereka. Apa yang berlaku adalah sama sahaja tidak kurang tidak lebih, masing-masing sibuk mengaut keuntungan untuk diri dan juga kroni.
Pemimpin beginilah yang sepatutnya ditumbangkan bagi memberi laluan kepada mereka yang lebih telus memikul tanggungjawab sebagai pembela rakyat. Apa pun segalanya terletak pada tangan anda sebagai pengundi, baik pilihan baiklah habuan, andai buruk pilihan, maka gelaplah masa depan.
SUARA RAKYAT
Teruskan perjuangan demi menegakkan agama, bangsa dan negara.
Rabu, 21 September 2011
Jumaat, 4 Februari 2011
Mesir: Tidak semudah itu...
Hosni Mubarak menyatakan akan mengundur diri dari menjawat jawatan presiden namun bimbang Mesir akan menjadi huru hara kerana tindakannya itu.
Beliau menyatakan demikian dalam satu sesi temubual yang diadakan bersama ABC News yang mana ia pertama kali diadakan sejak kebangkitan rakyat Mesir yang mahukan beliau meletak jawatan.
Ramai yang sedia maklum bahawa Mesir merupakan antara salah satu laluan utama ekonomi yang menghubungkan ke Asia Barat, malah ia menjadi Negara transit bagi mana-mana pelabur yang ingin melabur ke Negara di Asia Barat.
Bukan itu sahaja, malah Mesir juga menjadi antara satu laluan terpenting bagi umat Islam menyalurkan bantuan di Tebing Barat (Gaza) bahkan ia dikawal ketat oleh anggota keselamatan Negara itu.
Semua sudah sedia maklum bahawa Negara itu yang sebelum ini dibawah pemerintahan rejim Hosni Mubarak pernah menutup laluan untuk anggota misi kemanusiaan menghantarkan bekalan ke Gaza.
Ini jelas bahawa Negara itu yang kini menghadapi tekanan daripada rakyatnya yang mahukan pemerintahan rejim Hosni Mubarak dibubarkan itu dibawah kawalan rejim Israel.
Mubarak sendiri dilihat gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam untuk membantu Negara jirannya menghadapi musuh Islam sendiri.
Itu antara kelemahan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang terlalu mengikut telunjuk rejim Israel hinggakan akhirnya rakyatnya sendiri yang bangkit menentang.
Apa yang dikatakan oleh beliau dalam temubual itu langsung tidak boleh diterima akal. Mana mungkin Negara yang sudah sedia huru hara akan kembali aman sekiranya dia sendiri masih memegang tampuk pemerintahannya.
Jelas sekali Negara Israel kini bagai cacing kepanasan bila mana rejim Hosni Mubarak akan tumbang dan Ikhwan Muslimeen akan menerajui tampuk pemerintahan (Insya-Allah) sudah pasti laluan masuk ke Gaza akan terbuka luas dan memudahkan segala bantuan kemanusiaan masuk ke Negara yang tertindas itu.
Umum juga mengetahui bahawa sekutu kuat Israel tetap berdiri teguh di belakang Hosni Mubarak untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai presiden dan sebagai boneka kepada rejim Zionis serta sekutu kuatnya.
Gesaan demi gesaan yang dibuat oleh Israel kepada pemimpin dunia agar memberi sokongan padu kepada Hosni untuk kekal sebagai pemerintah.
Namun, kini hanya faktor keadaan menjadi penyebab mengapa Presiden Mesir, Hosni Mubarak masih kekal memegang jawatan presiden sehingga sekarang walaupun sebenarnya beliau sudah bosan memegang jawatan tersebut.
Ketika kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dan keadaan aman bertukar ganas sejak kelmarin dengan kematian seramai 100 orang, Hosni telah memberitahu dunia yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.
Menerusi temuramah itu, Hosni berkata beliau ada memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) bahawa AS tidak faham budaya Mesir dan apa yang akan berlaku jika beliau meletakkan jawatan sekarang.
Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa 'sekarang'.
"Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tak berminat menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya," kata Hosni.
Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni dilihat rakyat Mesir dan diplomat AS sedang mendapat bimbingan untuk menggantikan beliau.
Timbul persoalan dalam diri penulis, apakah pengganti Hosni Mubarak itu diterima oleh seluruh rakyat Mesir sedangkan Hosni sendiri dituntut untuk meletakkan jawatan?
Apakah semudah itu rakyat Mesir akan menerima darah daging orang yang pernah membawa sengsara dan menindas rakyatnya dengan sewenang-wenangnya semudah itu?
Tidak mungkin kata sepakat akan tercapai walaupun Hosni Mubarak mengundur diri jika yang menggantikannya ialah anaknya sendiri kerana umum sudah tahu betapa bencinya rakyat Mesir kepada Hosni dan kroni-kroninya yang selama ini hanya goyang kaki kekenyangan sedangkan rakyat menderita kebuluran dan hidup dalam kedaifan.
fairusrazak: Bapa borek, anak rintik..

Khamis, 27 Januari 2011
Bila rakyat bangkit melawan
Bermula di Tunisia dan merebak ke Mesir, itulah antara fenomena kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kebatilan yang telah mereka hadapi selama berpuluh tahun di tanah air sendiri.
Semuanya gara-gara kerakusan pemerintah yang mengamalkan sistem pemerintahan sekular hinggakan rakyat meluat dan enggan lagi berdiam diri dan diperlakukan sewenangnya oleh pemerintah.
Kenaikan harga barang yang melampau, inflasi makanan, kenaikan harga minyak, kegagalan kerajaan mengatasi masalah penggangguran, penindasan ke atas rakyat miskin yang melampau itu antara punca dan penyebab utama kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.
Menurut sumber, kebangkitan rakyat Mesir yang masuk hari kedua hari ini telah merebak ke bandar Asyut dan Iskandariah, di mana angka korban telah meningkat ke enam orang termasuk seorang anggota polis manakala jumlah tangkapan yang dibuat mencatat ke angka 1000 sejak tengah hari tadi (27 Januari 2011).
Di Tunisia, bantahan bermula apabila seorang penjaja bernama Mohamed Bouazizi membakar diri selepas pedatinya dirampas oleh polis atas alasan tidak memiliki lesen.
Bouazizi yang juga merupakan seorang graduan menggangur terpaksa menjaja menggunakan pedati demi mencari sesuap nasi dan menyara keluarganya, namun semuanya bermula apabila pihak kerajaan mula bertindak di luar batasan dengan merampas sumber periuk nasi beliau.
Selepas itu, beliau terus ke pejabat pihak berkuasa tempatan bagi merayu agar pedatinya dipulangkan tetapi hampa apabila rayuannya dipandang enteng.
Tertekan dengan apa yang berlaku, Bouazizi bertindak di luar batasan pemikiran manusia normal apabila mula membakar dirinya sebagai tanda protes.
Dari sinilah segalanya bermula, rakyat yang memang sudah muak dengan wayang mainan kerajaan bangkit dan bertindak memberontak dengan satu tujuan, menggulingkan rejim zalim Zine El Abidine Ben Ali.
Bantahan ini membentuk gelombang pergolakan sosial dan politik yang paling dramatik di Tunisia sejak tiga dasawarsa yang lalu, di samping menyebabkan banyak kematian dan kecederaan orang ramai.
KRONOLOGI TUNISIA
* 17 Disember 2010: Mohammed Bouazizi membakar diri sebagai protes kerana kegagalan pemerintah mengatasi masalah pengangguran.
* 24 Disember: Salah seorang penunjuk perasaan Mohamed Ammari ditembak mati di Tunisia Tengah.
* 28 Disember: Kebangkitan rakyat mula merebak ke Ibukota Tunisia, Tunis.
* 2 Januari 2011: Hackers menyerang laman web pemerintah Tunisia.
* 5 Januari: Mohammed Bouazizi tewas dan kembali ke Rahmatullah.
* 7 Januari: Para blogger dan penggiat media internet ditahan anggota keselamatan.
* 8-10 Januari: Belasan orang dilaporkan terkorban dalam tunjuk perasaan.
* 11 Januari: Sekolah dan universiti mula ditutup.
* 12 Januari: Menteri Dalam Negeri dipecat.
* 13 Januari: Presiden Zine al-Abidine Ben Ali berjanji akan mengundurkan diri pada tahun 2014.
* 14 Januari: Darurat diumumkan.
Peristiwa ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa digelar Revolusi Melur (Jasmine Revolution) selaras dengan adat penamaan geopolitik Revolusi Berwarna.
Tunduk dengan desakan rakyatnya, Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali serta keluarga kini berlindung di Arab Saudi dan disahkan oleh Raja Abdullah.
Kini giliran Hosni Mubarak pula menerima nasib yang sama dengan Zine Al-Abidine Ben Ali. Mubarak yang diketahui umum bersahabat dengan Yahudi pernah bertindak diluar batasan apabila menyokong tindakan Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza dengan menutup laluan ke Tebing Barat itu.
Namun kini, kebangkitan Islam mulamerebak ke seluruh Asia Barat dan ini jelas membuatkan pemimpin sekular diseluruh negara Islam dalam ketakutan dengan mereka guna jentera kerajaan untuk mempertahankan pemeritahan mereka.
Zaman pemerintahan sekular akan berakhir dan dikuburkan tidak lama lagi. Pada ketika itu sesiapa yang menyokong sekular yang jelas melakukan penindasan dan kezaliman ke atas rakyat, akan turut sama dibenamkan oleh Allah sebab Allah tetap akan memenangkan agamanya.
Cuba kita perhatikan, penindasan yang berlaku ke atas rakyat Tunisia dan Mesir dengan apa yang berlaku ke atas rakyat di negara kita. Adakah ia jauh berbeza?
Jika kita bandingkan, ia langsung tidak jauh beza, kalau ada pun tidaklah jauh taranya. Jadi apa yang cuba penulis sampaikan di sini ialah mana-mana pemerintah yang mengamalkan pemerintahan sekular perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Asia Barat.
Ini jelas apabila rakyat tidak mampu lagi memikul beban serta menggalas keperitan yang melampau akibat tekanan dari pemerintah, tidak mustahil rakyat akan bangkit melawan walaupun nyawa menjadi taruhan.
Bermula dengan kenaikan harga minyak, merebak ke kenaikan harga barangan, masalah keruntuhan akhlak dan moral serta pelbagai penindasan ke atas rakyat seperti sekatan untuk rakyat bebas bersuara boleh menjadi titik permulaan kepada kerajaan yang korup.
Tanyalah mana-mana rakyat dalam negara kita kini, tidak ramai yang menyokong tindakan sesetengah pihak yang menaikkan harga barang dan juga harga minyak dengan sewenangnya dengan alasan mengikut harga pasaran dunia, walhal jelas sekali negara kita merupakan antara negara pengeluar minyak.
Tak cukup dengan minyak petrol, minyak masak dan juga susu pula dikhabarkan akan dinaikkan harga. Taktik dan wayang yang dimainkan tetap sama iaitu segalanya bermula dengan ‘kehilangan’ bekalan.
Contohnya ada satu ketika sebelum ini negara mengalami masalah kekurangan bekalan gula yang agak serius tapi jika difikirkan dengan logik akal, kita mempunyai empat pengeluar gula terbesar iaitu Malayan Sugar Manufacturing (MSM), Prai, Pulau Pinang, Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor, Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah dan Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis. Ke mana hilangnya segala hasil tuaian empat pengeluar utama gula itu?
Itu satu, baru-baru ini, kita sekali lagi ‘digegarkan’ dengan masalah kekurangan minyak masak. Semua mengeluh sakan dengan masalah ini hingga ia merugikan banyak pihak terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Fikirkan lagi, dalam Malaysia berjuta hektar tanah hutan diteroka untuk dijadikan penempatan peneroka Felda dan diberikan kepada mereka untuk mengusahakan tanaman sawit. Tapi hampa...mana perginya jutaan tan minyak sawit hasil keringat peneroka-peneroka kita?
Hilang lagi...kini timbul pula desas-desus mengatakan bahawa minyak kelapa sawit dan juga susu tepung akan dinaikkan harga. Ingatkan semuanya bermula dengan ‘kehilangan’ rupanya susu susah nak dihilangkan.
Pening naik harga minyak petrol belum lagi reda, kini tambah lagi beban kenaikan harga minyak masak dan jug susu tepung. Persoalannya, sampai bila drama kenaikan ini akan terus menjadi agenda utama kerajaan dalam memakmurkan hidup rakyat? Takkan nak tunggu rakyat bangkit melawan baru nak terngadah.
fairusrazak: Bila nafsu menguasai diri...

Sabtu, 4 September 2010
Nostalgia Raya Part II

Rindu pada sampul putih yang berisi kepingan kad yang adakalanya mengeluarkan bunyi-bunyian syahdu alunan lagu raya dan dihiasi dengan kelipan LED.
Yaa..Kad raya kini dilihat sudah terpinggir dengan adanya teknologi maju seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet yang menawarkan pelbagai bentuk corak perhubungan.
Kad raya semakin dipandang sepi, kadangkala sayu hati penulis melihat timbunan kad raya di kedai-kedai runcit hinggakan ada yang berdebu. Kalau dulu, kad raya inilah menjadi pengganti diri untuk mengirimkan bingkisan madah berbunga sempena Aidilfitri terutamanya kepada insan yang tersayang.
Banyak kenangan indah penulis berhubung dengan kad raya. Kalau untuk kiriman awek, sudah tentu wajib disembur sedikit wangian, dan yang paling cikai punye kad pun mesti ada bunyi-bunyi punye..
Dan bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal, sekeping duit syiling sama ada bernilai 5 sen atau 1 sen diselitkan sekali sebagai duit raya kepada penerima kad. Menjelang malam raya pula, satu tradisi yang memang diamalkan sejak dulu lagi dalam keluarga penulis, SIAPA PALING BANYAK DAPAT KAD RAYA..
Sebab malam raya rumah akan dihias cantik dan kad raya akan disusun dan ditampal rapi di dinding, jadi pada masa ini semua koleksi kad raya yang diterima pada raya tahun itu akan ditampal sebagai hiasan.
Dan macam biasa pemenangnya setiap tahun tetap orang yang sama....bukan penulis, tapi adik penulis..itupun sebab beliau menggunakan taktik kotor dengan membeli dan mengirimkan kad untuk dirinya sendiri...hahahaha.
Tapi kini semuanya hanyalah kenangan. Kalau ada yang beli kad raya sekalipun ia kebanyakannya bukanlah untuk dikirim sebagaimana lazimnya tujuan kad raya dicipta tetapi hanya dijadikan hiasan bagi menyemarakkan suasana lebaran.
Secara automatiknya, kuranglah beban abang-abang posmen yang kalau dulu setiap tibanya bulan Ramadan pasti mengeluh dengan kiriman kad raya menimbun hingga berguni-guni banyaknya. Kini kad raya hanyalah kenangan dan pada pandangan penulis, budaya menulis dan mengirim kad ucapan hari raya wajar dikekalkan sebagai tradisi kita.
Beza, memang berbeza...mengirim kad raya dengan menerima SMS atau emel ucapan hari raya. Apa yang bezanya? Kalau kad raya feel dia lain macam sikit terutamanya pada saat kad itu dibuka.
Kalau SMS atau emel, tak ada lagi bau wangi-wangian dan macam mana nak selitkan duit 1 sen atau 5 sen sebagai duit raya. Kad raya pula boleh dijadikan kenangan berpanjangan selagi kad itu tidak dibakar atau dihanyutkan banjir. Kalau kiriman emel atau sms, ia tidak disimpan lama dalam telefon.
Macam penulis, setiap kad raya yang diterima (dari awek merangkap bini aku sekarang) masih lagi tersimpan rapi dan setiap kali penulis buka balik terus terimbau segala nostalgia di alam percintaan. Senduuu...hah.. dah time balik nih, bersmbung lagi di Nostalgia Raya Part III.
Rabu, 1 September 2010
Nostalgia Raya Part I

Ramadan kian melabuhkan tirai, hari yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia meraikan hari kemenangan setelah seminggu berjuang menahan nafsu, lapar dan dahaga semakin hampir.
Tidak sampai dua minggu lagi kita bakal menyambut ketibaan 1 Syawal 1413 Hijrah. Lagu raya semakin rancak berkumandang di corong-corong radio.
Golongan suami isteri pula tidak kenal erti penat menyediakan keperluan anak-anak untuk menyambut Hari Raya. Malah selepas ‘bekerjasama’ melengkapkan busana anak-anak, mereka pula mula mengadakan perhitungan.
Yaa..perhitungan kampung mana yang akan menjadi destinasi pilihan dalam menyambut hari besar umat Islam ini. Tiap-tiap tahun perkara sama pasti akan berbangkit. Alhamdulillah..penulis amat bernasib baik kerana tidak berpeluang untuk berhadapan situasi ini. Maklumlah, penulis dan isteri satu kampung, jika duduk di rumah mak dan ayah sudah tentu terbau kentut isteri di rumah mertua..
Kengan demi kenangan melintasi kembali benak pemikiran penulis. Bukan apa, cuma terkenang apa yang dulu ada dan apa yang kini tiada. Sedih pun ada bila memikirkan anak-anak tak berpeluang merasai kemeriahan Syawal sebagaimana yang dirasai oleh papa mereka dahulu.
Antara kenangan yang paling indah ialah menjelang malam 27 Likur. Pada malam ini sambutan atau kemeriahannya agak berbeza berbanding dengan malam-malam lain sepanjang Ramadan.
Penulis bersama adik diberi lesen besar oleh Abah pada malam ini untuk menjarah satu kampung bersama kawan-kawan lain. Apa lagi, berbekalkan pistol peluru lapan yang kami beli hasil duit belanja sekolah yang dikumpul, tanglung yang dibuat sendiri dengan menebuk lubang-lubang kecil pada tin Milo atau Nestum, habis satu kampung ditawaf kami.
Dalam poket pula, bekalan mercun tidak pernah surut. Maklumlah, abah kami dulu juga boleh kami kategorikan sebagai insan yang agak sporting dalam bab-bab ini. Malah Abah tidak pernah segan mengajar kami permainan tradisi yang pernah menjadi hiburan bagi Abah dan bapa saudara kami suatu ketika dahulu.
Begitulah rapatnya Abah dengan kami berdua selaku ‘golongan lelaki’ dalam keluarga. Bermacam permainan tradisi menjadi hiburan kami, antaranya permainan perang yang agak merbahaya (jika difikirkan balik).
Apa tidaknya, setiap tahun ada sahaja yang terbakar baju seluar gara-gara diserang mercun oleh pihak lawan. Kebiasaannya lawan kami bukanlah lawan sekampung kerana kami sekampung boleh dikatakan satu pasukan, yang menjadi lawan atau musuh tradisi ialah budak-budak dari kampung sebelah.
Tak cukup dengan mercun, telur ayam busuk juga dijadikan senjata yang ampuh bagi menewaskan musuh hingga ada yang muntah lewah dek aroma telur tembelang yang bersepah di muka. Maka kami taidak pernah mengalah. Kubu dibina bagi mempertahankan maruah kampung, kalau tak kat sekolah pasti kena kutuk..
Dalam semak di belakang rumah kami bina sebuah kubu yang dibuat dengan kayu pokok di kawasan sekitar. Tak cukup dengan itu, di sekeliling kawasan kubu pasti ada jerangkap samar yang menanti.
Malam 27 Likurlah menjadi medan perang antara kampung kami dan kampung sebelah. Memang menjadi tradisi kami budak-budak nakal dalam kampung untuk bersiap sedia, malah persiapan untuk menghadapi malam 27 Likur adakalanya dibuat sebulan sebelum Ramadan. Apa lagi, kumpul bajet guna duit belanja sekolahlah untuk beli mercun. Sanggup berlapar tak makan.
Itu baru cerita malam 27 Likur, belum masuk bab malam raya dan juga suasana di kampung penulis pada pagi raya. Sebut pasal pagi raya terbayang jelas diingatan juadah enak yang pasti akan terhidang di meja yang disediakan oleh Bonda tercinta.
Nasi minyak, ketupat palas, dan nasi dagang memang menjadi menu wajib keluarga penulis sejak kecil. Tapi dalam banyak-banyak hidangan, memang tak boleh lawan nasi dagang tok wan. Pergghhh...marvelous.
Itu hanya satu coretan kenangan yang terpahat di memori indah zaman kanak-kanak riang penulis. Bahkan tiap kali berkumandang lagu-lagu raya yang syahdu, pasti bergenang air mata di pipi penulis. Bukan apa, cuma teringat zaman indah kanak-kanak dan juga kawan-kawan yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. Al-Fatihah buat semua sahabat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh kalian dicucuri rahmat. Nantikan Nostalgia Raya Part II.
Khamis, 26 Ogos 2010
Perang tahunan sudah bermula

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi umat Islam di Malaysia bakal menyambut ketibaan Ramadan. Dalam tempoh inilah bermacam ragam manusia dapat kita perhatikan.
Daripada ulat hinggalah kepada peniaga semua berlumba mencari rezeki lebih sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran Aidilfitri. Apa yang menarik minat penulis bukanlah mengenai ulat tiket dan juga peniaga tetapi trend yang dari dulu hingga kini gagal kita kikis dan setiap tahun ada sahaja yang menjadi korban - Mercun..
Sejak kecil lagi, amalan bermain mercun seakan menjadi budaya yang wajib di mana ianya merupakan perkara yang tidak boleh tidak kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Tapi bukan golongan ini sahaja yang boleh dilabelkan sebagai kemaruk bermain bahan larangan ini, bahkan golongan dewasa juga tidak ketinggalan.
Ada yang beranggapan musim perayaan merupakan musim yang membawa rezeki kepada mereka, namun ada pula yang mengambil kesempatan mencari jalan mudah dengan menyeludup dan menjual bahan terlarang ini.
Pada zaman penulis meningkat remaja dahulu, boleh dikatakan 87 peratus golongan remaja dan kanak-kanak begitu kreatif mencipta dan menghasilkan bom atau mercun buatan sendiri dengan mengaplikasikan penggunaan belerang bunga api. Ini terbukti apabila terpampang di dada-dada akhbar mengenai mangsa mercun buatan sendiri.
Bukan setakat hilang anggota badan, malah ada di antara mereka yang terkorban akibat terkena serpihan bom buatan ini. Apa yang menghairankan penulis ialah golongan remaja dan kanak-kanak kita boleh dikategorikan sebagai genius hinggkan mampu menghasilkan bahan letupan yang berkuasa tinggi hingga mampu menghancurkan sebuah rumah hanya berbekalkan bahan seperti bunga api dan juga batang paip besi.
Namun pada pertengahan dan akhir 90-an, trend mencipta bom atau mercun buatan sendiri ini dilihat semakin berkurangan, namun yang menjadi mangsa tetap ada tapi tidaklah seteruk kes-kes sebelumnya.
Kebelakangan ini pula, keadaan ini dilihat kembali memuncak apabila saban hari ada sahaja kes terkena mercun namun kali ini ianya bukanlah dihasilkan sendiri sebagaimana golongan sebelumnya. Dan ini juga menunjukkan kanak-kanak kita semakin kurang daya kreativiti dan peningkatan tahap kesedaran tentang bahaya mercun semakin ketara.
Yang peliknya, bagaimana bahan terlarang ini berjaya menerobos masuk pintu sempadan negara yang boleh dikatakan dikawal ketat hinggakan nak bawa masuk kain batik pun tetap berjaya dikesan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak penulis. Namun tanda tanya tinggal tanda tanya tanpa sebarang jawapan yang mampu merungkaikan segalanya.
fairusrazak: Kan bagus kalau hantar mereka ke Palestin...
Salam Ramadan..
Alhamdulillah...setelah hampir setengah bulan kita menunaikan ibadah puasa, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih mampu bernafas dan meneroka bumi Allah yang luas ini untuk mencari keredhaan-Nya.
Setelah lama sunyi dari dunia blogger, saya yakin pasti ramai teman yang tertanya-tanya mengapa saya tidak seaktif dahulu dalam dunia maya ini. Bukan merajuk, bukan menyampah dan jauh sekali membenci, cuma diri kerdil ini tidak berkesempatan untuk memahat coretan di blog ini.
Kepada yang masih setia mengikuti terima kasih penulis ucapkan dan kepada yang bari mengikuti blog yang tidak seberapa ini, selamat datang penulis ucapkan. Semoga penyertaan kalian di landasan yang tidak seberapa ini meluaskan lagi pengetahuan dan merungkai segala kekusutan mengenai apa jua isu dari pandangan dunia media.
Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu penulis lunaskan dan di kesempatan ini penulis sekali lagi ingin memohon maaf sekiranya bosan menunggu post seterusnya daripada penulis.
Insya-Allah penulis akan terus menulis..menulis dan menulis..
fairusrazak: Dam, dam dum, bunyi bom...perang dunia ketiga sudah bermula ..

Langgan:
Catatan (Atom)